Tuesday, November 06, 2007

Satu Hasrat .... Satu Niat ... Satu Impian ... Sebuah Perjuangan





Satu Hasrat .... Satu Niat ... Satu Impian ... Sebuah Perjuangan



Satu lagi Sejarah dalam hidupku tertulis dalam diari hidupku hari ini .. tanggal 5 November 2007. Semuanya bermula di putrajaya hampir setahun dulu .. di tingkat 7 menara PJH , "Di bawah runtuhan kota melaka kini terbina putrajaya , Di sebalik teguhnya tembok kota putrajaya lahirlah PHOENIX VENTURE AGENCY " punya la bersemangat sewaktu aku mendaftarkan syarikat kedua aku ni kat pejabat R.O.C Pulau Pinang tahun 2002 dulu .. sanggup aku ponteng keje satu ari hehehhe... tu pun bila aku, Ronnie ngan Edlin biz partner aku bermesyuarat tergempar bila edlin dapat contact network dari india untuk supply pekerja asing ... sebelum tu pun aku ngan edlin dan ambush pejabat Imigresen Pulau Pinang , direct terus jumpa pengarah buat survey pasal meniaga pekerja asing nie, masa tu aku baru abis kursus LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN ( LPU ) anjuran MARA Pulau Pinang , Tak sangka ngan member aku orang JOHOR berjaya terpilih antara 25 orang calon daripada 450 orang yang memohon , Terima kasih aku ucapkan kat Tuan Hj Rahim Taha , Tuan Hj Ismadi serta allahyarham Tuan Hj. Md Noor Aldin , pegawai mara yang juga mentor aku masa tu



"Terima Kasih!! Tuan, Moga Tuhan membalas setiap jasa tuan dan merberkati setiap ilmu yang tuan perturunkan kepada saya"



Syarikat Pertama aku kalau korang nak tau " KHAZALI IKAN BAKAR" aku meniaga ikan bakar kat SOUTHERN CITY tahun 1999, tapi tu nanti aku cerita laa.. sekarang ni aku tengah ader mood nak citer zaman sekarang ni .... Tanggal 10 Jun 2007 aku register plak syarikat aku yang ketiga "PHOENIX VENTURE AGROTECH"... amacam gempak tak .. hehehe. namanya aje kata POWER kata uncle E.T Johor jaya sewaktu aku nak beli ubat 'OVAPRIM' , ... kena plak .. bila dia nampak no register syarikat aku tu .... 04888886-J, "FUYOO.!! NO CANTEK WOO.!! kau punya nombor mana lu dapat lu ader orang dalam ker "



Aku senyum jer kat dia .. sambil mengawal lubang idung aku yang secara tiba-tiba mula mengembang ... "takde laa uncle , biasa je normal application" ... dia tak tau ... hari aku nak register tu punyala azab ... aku dapat je duit advance dari prof zul kat australia aku terus belezup gi johor dari bandar kota tinggi lepas bayar duit rumah ngan van aku .. 2 jam aku mengharung arus kenderaan jalan raya tu ... peluh toksah citer laa.. nasib baik aku ader stanby perfume dalam keta .. terus aku g menara ansar dengan muka slamber ...naik tingkat 4 sambil menghidu bau minyak wangi yang aku terlebih spray kat baju kemeja aku ..



alamak.. dah pukul 12 ... esok nak bangun awal nak sambung kerja kerja menebas rumput petang tadi ..k wa chow dulu ... adios amigoss.....